25 September 2015 - Kelab Sukan Dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan program ibadah korban kelompok yang dijalankan di Kompleks MSNM sendiri. Seekor lembu korban telah disumbangkan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka, YAB Datuk Ir.Idris Bin Haron bagi menjayakan program itu. Penyerahan lembu korban pada 23 haribulan September dan ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSNM, Ya Tuan Mohd Asri Bin Tahir.

Pelaksanaan ibadah korban pada hari kedua Hari Raya Haji berjalan lancar diketuai oleh salah seorang kakitangan MSNM, Encik Khairul Anuar Bin Keme dan dibantu oleh beberapa orang warga MSNM serta ahli keluarga MSNM sendiri.
Selesai ibadah korban,sedikit jamuan diadakan di mana dimasak sendiri oleh beberapa orang kakitangan perempuan MSNM dan pengagihan daging lembu kepada semua pegawai dan kakitangan MSNM selepas itu.
Berita dan Gambar Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi