Audit Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2016
Audit Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2016
23 Februari 2016 - Lawatan Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pengauditan ini adalah anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di mana Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah masuk bertanding sejak tahun 2015.
23 Februari 2016- Lawatan Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pengauditan ini adalah anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di mana Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah masuk bertanding sejak tahun 2015.

Panel-panel yang telah melaksanakan sessi pengauditan tersebut adalah Encik Abd Rashid Bin Abdullah daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, En Zul Ezwan Bin Muhammad, panel daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia dan juga disertai oleh Encik Abidin Bin Hassan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir dalam sessi pengauditan tersebut adalah Puan Mariayamma a/p Manickam dan Encik Wan Muhammad Norhafiz Bin Mohd Jaafar, pegawai daripada Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Melaka.


Kemudian, semua panel telah dibawa ke Bilik Fail di Aras 1 untuk melihat pelaksanaan projek inovasi yang telah dijalankan iaitu Projek Ez-Trace oleh kumpulan Aura Kesidang Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang mana telah dipertandingkan di peringkat Wilayah Selatan dan juga peringkat Kebangsaan. Selain daripada itu, semua panel dan wakil daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka juga telah dibawa ke ruangan pejabat, kaunter, tandas dan ruang kerja di aras bawah sebagai melengkapkan lawatan pengauditan. Sessi pengauditan telah selesai pada jam 5.45 petang.


Hasil keputusan audit ini akan diumumkan pada Hari Inovasi Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan sekitar bulan Mac hingga April 2016. Sekalung penghargaan kepada Unit Pentadbiran, Unit Inovasi di bawah Pejabat Ketua Pendaftar dan semua yang terlibat dalam menjayakan pengauditan ini.






















.png)





.png)








