Program Hari Keluarga MSNM Tahun 2016 Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM (KSKM)
Program Hari Keluarga MSNM Tahun 2016 Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM (KSKM)
9-10 April 2016 - Kelab Sukan Dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KSKM) telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga MSNM yang telah diadakan pada 9 hingga 10 April 2016 bertempat di KM Chalet Kuala Linggi, Melaka. Program Hari Keluarga yang bertemakan “Together We Are One” telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga MSNM yang mana telah dihadiri oleh hampir 200 orang pegawai serta ahli keluarga. Sambutan program Hari Keluarga kali ini juga amat meriah kerana ianya diadakan kembali setelah kali terakhir diadakan pada Tahun 2012.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program Hari Keluarga tersebut seperti majlis makan malam, sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Aktiviti pertama iaitu majlis makan malam yang berkonsepkan warna biru dan hitam berjalan penuh santai tetapi meriah. Sambil dijamukan dengan makanan barbeque, tayangan montaj dan beberapa pertandingan turut diadakan. Antaranya ialah pertandingan “Anugerah BoiboiBoy” dan “Frozen” bagi kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan, “Tun teja”dan “Hang Tuah” bagi kategori lelaki dan wanita dewasa dan “Keluargaku Syurgaku” bagi kategori keluarga.

Pertandingan-pertandingan tersebut telah dimenangi oleh adik Ahmad Ismat Irsyaduddin Bin Shamsul bagi Anugerah BoiboiBoy, adik Puteri Ainul Mardhiah Binti Hassan Anugerah Frozen, Puan Firdawaty Binti Mohammad Anugerah Tun teja dan Encik Mohamad Arifin Bin Hj.Yaakup Anugerah Hang Tuah serta keluarga Encik Shamsul Bin Zakariah Anugerah Keluargaku Syurgaku. Selain itu, sebahagian cabutan bertuah juga turut diadakan pada majlis makan malam itu menjadikan suasana bertambah meriah kerana hadiah-hadiah yang disedikan semuanya menarik. Selesai majlis makan malam, aktiviti pertandingan karom diadakan dimana melibatkan peserta lelaki sahaja. Sebahagian lelaki begitu bersemangat memasuki pertandingan tersebut yang berlangsung sehingga jam 3 pagi.



Aktiviti seterusnya yang paling ditunggu-tunggu iaitu sukaneka diadakan pada pagi keesokkan harinya. Acara sukaneka telah melibatkan semua kategori iaitu kanak-kanak, dewasa dan ahli keluarga dijalankan di kawasan pantai. Antara sukan yang dipertandingkan seperti merebut gula-gula, mewarna, isi air dalam botol (katagori kanak-kanak), tarik tali, keretapi, melambung belon berisi air (katagori dewasa) dan membina istana pasir (katagori ahli keluarga).





Setelah selesai acara sukaneka, acara penyampaian hadiah diadakan dan disambung dengan acara cabutan bertuah. Program selesai sepenuhnya tepat jam 1.00 tengahari dan warga MSNM dan ahli keluarga masing-masing beransur pulang. Walaupun penat, tetapi terpancar kepuasan dan kegembiraan pada wajah masing-masing kerana program seperti ini dapat menghilangkan kepenatan bekerja, tetapi juga semakin dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara satu sama lain bukan sahaja pada setiap warga MSNM tetapi juga pada ahli keluarga kerana suasana seperti ini tidak akan dapat ketika waktu kerja semata-mata. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Tahniah dan syabas warga MSNM.

Berita Oleh : Izzah Hanani binti Suhaimi






















.png)





.png)








