Skip to main content

Lawatan Kerja Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke Melaka One Number Call Centre (ONCC)

Lawatan Kerja Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke Melaka One Number Call Centre (ONCC)


MELAKA 7 April – Wakil daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan satu lawatan kerja ke Melaka One Number Call Centre (ONCC) yang terdiri daripada 12 orang pegawai dan kakitangan dan diketuai oleh Puan Norazita binti Mohd Ali.

Lawatan Kerja MSNM ke ONCC

Lawatan ini diadakan adalah bertujuan bagi melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana pengurusan Melaka One Number Call Centre (ONCC) dalam menguruskan panggilan orang ramai terutamanya pengurusan panggilan daripada jabatan-jabatan kerajaan seluruh negeri Melaka. Puan Yuzlin binti Hashim selaku Pegawai Tadbir ONCC telah memberikan taklimat berkenaan sejarah penubuhan Melaka One Number Call Centre (ONCC), moto, misi, visi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Melaka One Number Call Centre (ONCC).

Lawatan Kerja MSNM ke ONCC

Seterusnya wakil daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka dibawa melawat ke tempat bertugas para operator ONCC untuk melihat sendiri bagaimana cara operator-operator ONCC menjalankan tugas seharian.

Lawatan Kerja MSNM ke ONCC
 
Lawatan Kerja MSNM ke ONCC
 
Lawatan Kerja MSNM ke ONCC

Pihak Mahkamah Syariah Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan kakitangan Melaka One Number Call Centre (ONCC) terutamanya Pegawai Tadbir ONCC, iaitu Puan Yuzlin binti Hashim kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Lawatan Kerja MSNM ke ONCC

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak ONCC kerana berjaya melayan segala pertanyaan berkenaan apa sahaja berkaitan negeri Melaka dengan penuh mesra pelanggan, profesionalisma, berinformasi dan berintegriti.

Lawatan Kerja MSNM ke ONCC

Don’t Mess With Melaka

 
Berita dan Gambar Oleh : En. Abdul Razak bin Ali