Skip to main content

Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan

Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan


22 Februari 2019 | 17 Jamadil Akhir 1440H (Jumaat) - Majlis pelancaran pelaksanaan EKSA ini dianjurkan sebagai simbolik kepada permulaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Ianya merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan sistem persekitaran berkualiti 5S yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 lagi. Majlis ini diadakan bersempena dengan Majlis Gotong Royong Perdana dan Hari Kecergasan yang dianjurkan oleh Sekretariat EKSA dengan kerjasama Sekretariat MS 1900:2014. Majlis diteruskan dengan taklimat khas dari Tuan Mohd Tarmizi Bin Jaafar wakil dari  jawatankuasa induk EKSA dan disusuli dengan taklimat dari Ketua Pendaftar merangkap sebagai Penyelaras Sekretariat EKSA.

Kemuncak majlis ini ialah ucapan perasmian daripada ketua Hakim Syarie. Beliau seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran pelaksanaan EKSA dengan melepaskan ikan dalam akuarium sebagai tanda permulaan kepada pelaksanaan EKSA di jabatan ini. Semoga pelancaran EKSA ini dapat meningkatkan motivasi kepada semua warga MSNM untuk membudayakan EKSA dalam tugasan harian. Majlis juga diteruskan dengan program gotong royong di zon masing-masing dan penyediaan papan tanda zikrullah untuk diletakkan di persekitaran jabatan ini.

Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan
PelancaranEksa 4 Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan
Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan Pelancaran Eksa Peringkat Jabatan

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim