Lawatan Produk Halal Di Kilang Kewpie Malaysia SDN.BHD
Lawatan Produk Halal Di Kilang Kewpie Malaysia SDN.BHD
9 Ogos 2019|8 Zulhijjah 1440H-Sekretariat MS1900:2014 (Patuh Syariah) Mahkamah Syariah Negeri Melaka(MSNM) telah menganjurkan program lawatan ke kilang Kewpie Malaysia Sdn.Bhd di Melaka Halal Hub,Serkam Melaka. Seramai 19 peserta yang menyertai lawatan ini termasuk Ketua Pendaftar,Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Kanan Mahkamah Rendah, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, wakil pegawai, ahli sekretariat dan kakitangan MSNM. Lawatan bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang.
Peserta lawatan disambut baik oleh pengurus kilang,Puan Rahimah Binti Abdul Rahim dan beberapa wakil pihak kilang.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri produk-produk halal keluaran asal daripada negara Jepun tetapi telah mendapat pensijilan halal Malaysia.Kilang Kewpie telah mengeluarkan produk-produk halal sebanyak 64 produk seperti mayonis,sos,spreads,dressing dan banyak lagi dan kebanyakkannya telah dijual di pasaraya,restoran dan lain-lain.
Lawatan dipecahkan kepada dua kumpulan dan dimulakan dengan melawat tempat-tempat pemprosesan produk-produk.Disitu peserta dapat melihat ketelitian dan kebersihan sesuatu produk ketika dihasilkan demi menjaga kualiti produk dan beberapa bahan yang digunakan.Selesai lawatan,peserta dibawa untuk menonton tayangan video sambil penerangan oleh wakil pihak kilang berkaitan sejarah produk dan bagaimana kilang kewpie Malaysia memperolehi pensijilan halal Malaysia untuk kesemua produk dan antara pencapaian cemerlang kilang kewpie adalah anugerah 'white list' negeri Melaka bagi pensijilan halal selama dua tahun berturut-turut iaitu 2017 dan 2018.
Program diakhiri dengan pemberian cenderamata antara pihak peserta lawatan dan pihak kilang kewpie kemudian sesi bergambar. Setiap peserta juga diberikan buah tangan beberapa produk kewpie.
Hasil lawatan ini disamping dapat menambah pengetahuan,ianya juga dapat membuka mata dan cakna halal terutama yang melibatkan pemakanan seharian orang Islam. Juga bagaimana pengurusan dan pemprosesan produk makanan halal dilaksanakan secara terperinci dari awal hingga produk dikeluarkan serta melalui proses kawalan,pematuhan dan kesedaran halal.
























.png)





.png)








