TAPAK BIODIVERSITI : AGENDA Biodiversiti dan Ekosistem
Kawasan Geopark Lembah Kinta meliputi pelbagai habitat semulajadi seperti hutan hujan tropika, tasik, sungai, dan gua. Ia menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna termasuk burung air, serangga endemik, dan tumbuhan ubatan.
Antara lokasi biodiversiti utama ialah:
Taman Eko Rimba Kledang Saiong – Kawasan hutan bandar yang mengekalkan spesies pokok asli.
Taman Alam Kinta – Tapak konservasi burung air dan ekosistem tasik yang terbentuk daripada bekas lombong bijih timah.
Taman Herba Gopeng – Pusat konservasi herba perubatan tropika dan destinasi pelancongan pendidikan.
Trek Rafflesia Ulu Geroh – Habitat semula jadi bagi bunga terbesar di dunia, Rafflesia cantleyi.
Ekosistem di Lembah Kinta mencerminkan keseimbangan antara alam semulajadi dan warisan perlombongan manusia, menjadikannya contoh terbaik kejayaan pemulihan ekosistem selepas eksploitasi industri.
Trans Alpes Adventure
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Terletak di kawasan Meru, lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Ipoh. Taman eko rimba ini menjadi tumpuan utama bagi aktiviti riadah, beriadah bersama keluarga, dan pembelajaran berasaskan alam semulajadi. Kawasan ini dipelihara dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta menjadi contoh terbaik kawasan hutan lipur bandar yang lestari.
Terletak di tengah-tengah Bandaraya Ipoh, taman ini merupakan kawasan rekreasi awam yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. Ia menyediakan ruang landskap hijau, trek pejalan kaki, kawasan bermain dan sungai semulajadi yang menjadi habitat penting bagi pelbagai spesies air tawar. Tapak ini turut menyokong usaha pelestarian biodiversiti bandar dan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat.