Skip to main content

PENGIRAAN FARAID

PENGIRAAN FARAID

PENGERTIAN FARAID

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :

  1. Tanah.
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Berikut disediakan beberapa URL bagi pengiraan Faraid :

  1. Portal E-Syariah.
  2. Sistem Maklumat Faraid USM.
  3. Laman Web Mahkamah Syariah Singapura.

Menu