Skip to main content

Iklan Jawatan Kosong

Jawatan Kosong

 Logo Mahkamah

MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.         JAWATAN DAN KEKOSONGAN

BIL

JAWATAN

GRED

KEKOSONGAN

TARAF JAWATAN

1.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N1

1

Kontrak

2.

Pembantu Tadbir (Kewangan)

W1

1

Kontrak

3.

Pembantu Khidmat Am

H1

1

Kontrak

Untuk memohon, sila muat turun dokumen yang berikut:-

1. Iklan Jawatan Kosong

2. Skim Perkhidmatan

3. Borang Permohonan Untuk Jawatan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Februari 2025 (Isnin)

 

 

  • Hits: 1072

Disclaimer

The Melaka Syariah Court shall not be liable for any damage and loss of data caused in connection with the use of this site.

  • Hits: 23111

PENGIRAAN FARAID

PENGERTIAN FARAID

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :

  1. Tanah.
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Berikut disediakan beberapa URL bagi pengiraan Faraid :

  1. Portal E-Syariah.
  2. Sistem Maklumat Faraid USM.
  3. Laman Web Mahkamah Syariah Singapura.

  • Hits: 32336