Rekod
Objektif
Objektif utama Unit Rekod ini ditubuhkan ialah :
- Bagi mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
-
Memberi penerangan, latihan dan khidmat nasihat kepada Jabatan, Seksyen Rekod juga bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan yang berterusan melalui program-program pengurusan rekod serta mengusahakan inovasi dan peningkatan yang berterusan bagi meningkatkan lagi pengurusan rekod di Jabatan Kehakiman Syariah seluruh Malaysia.
Fungsi
- Melaksanakan pengurusan rekod di jabatan seiring dengan kehendak kerajaan melalui Akta, Pekeliling, Arahan Amalan KHS dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Termasuk panduan yang ditetapkan di dalam buku Rekod Klasifikasi Fail JKSM
- Merangka pelan perancangan pengurusan rekod dan memastikan pengurusan rekod di MSNM efisyen dan sistematik. Termasuk menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan rekod.
- Mengadakan latihan yang berterusan kepada semua Pegawai dan kakitangan berkaitan pengurusan rekod jabatan.
- Mengadakan mesyuarat JKTUR dua kali setahun bagi membincangkan pengurusan rekod MSNM.
- Berusaha mengadakan program inovasi yang melibatkan pengurusan rekod bagi tujuan penambahbaikan dan mewujudkan proses perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.
Carta Bahagian
Sedang Dikemaskini
MS
EN






















.png)





.png)








