11 Mei 2016 – Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah menerima Lawatan Kerja oleh Bahagian Pendakwaan JAIM yang diketuai oleh Tuan Azimaruddin Bin Abd.Zin, Pendakwa Syarie Negeri Melaka dan beberapa kakitangan yang lain.

Antara objektif utama lawatan kerja ini dibuat adalah untuk melawat bilik fail dan melihat sendiri pengurusan rekod berkaitan fail-fail kes Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah serta pengurusan registri bagi fail-fail urusan am dan kewangan.
Selain itu, rombongan juga ingin mengetahui bagaimana sistem Ezi-Trace berfungsi di mahkamah yang mana ianya merupakan projek inovasi di bawah pengurusan rekod mahkamah syariah sendiri.
Justeru, Pihak Mahkamah Syariah mengucapkan jutaan terima kasih kepada bahagian Pendakwaan JAIM kerana sudi bertandang ke Kompleks Mahkamah Syariah dan diharapkan dengan maklumat-maklumat yang telah dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama oleh pihak pendakwaan JAIM.
Berita Oleh : En. Ahmad Hambali bin Mohamad Ali