13-14 Ogos 2018 | 01-02 Zulhijjah 1439H - Telah berlangsungnya Naziran Keselamatan ICT oleh wakil pihak BTMK, JKSM diketuai oleh Puan Effah binti Abu Bakar, Pegawai Teknologi Maklumat dan Encik Muhamad Rizuan bin Ab Rasid, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Antara skop pemeriksaan adalah berkaitan DKICT, Keselamatan Pusat Data, Pengurusan Aset, Keselamatan Maklumat, Keselamatan Rangkaian, Tadbir Urus ICT dan Program Kesedaran. Beberapa cadangan penambahbaikan telah diusulkan dan diambil perhatian bagi penambahbaikan tahap keselamatan ICT di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Terima Kasih diucapkan.
Disediakan Oleh: Norazila Binti Mohamad Razali