19 September 2018 | 09 Muharram 1440H (Rabu) - Bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Mahkamah Syariah Melaka melalui Unit Dasar dan Penyelidikan telah menerima seramai 31 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor. Pelajar dan pensyarah diberi peluang untuk mengikuti sesi perbicaraan terbuka di Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah Ayer Keroh. Antara kes yang sempat diikuti adalah perbicaraan kes jenayah, kesalahan mengandung tanpa pernikahan yang sah. Sesi taklimat dipenuhi dengan soal jawab menunjukkan tahap pemahaman pelajar telah meningkat. Lawatan yang bermula jam 9.30 pagi telah berlangsung sehingga 1.00 petang diakhiri dengan sesi bergambar.
Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin