9 Januari 2019 | 3 Jamadil Awal 1440H (Rabu) - Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Pengurusan Tertinggi yang diketuai oleh YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman - Ketua Hakim Syarie MSNM ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin telah berlangsung. Program ini merupakan lawatan rasmi pertama YAA Ketua Hakim Syarie ke atas Pegawai dan kakitangan MRS Jasin sejak dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie. Program tersebut turut dihadiri oleh YA Tuan Ahmad Bin Lakim – Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, YA Tuan Mohd Khalid Bin Shaee – Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, Tuan Abu Suffian Bin Abd Yaziz – Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, YA Tuan Mohd Shukeri Najib Bin Abd Rahim – Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin - Ketua Unit Penyelidikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Pelbagai perkara telah diadakan dalam majlis tersebut di mana dimulakan dengan taklimat ringkas, ucapan Ketua Pendaftar selaku wakil pengurusan, sesi taaruf dan YAA Ketua Hakim Syarie telah menyampaikan hasrat dan Amanat beliau sebagai semangat kerja kepada warga Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin di awal tahun 2019. YAA dan semua pengurusan tertinggi dan telah melawat persekitaran kerja di pejabat ini. Adalah diharapkan, melalui pelaksanaan program ini, hubungan baik antara MSNM dan MRS Jasin akan terus berkembang bagi meneruskan aspirasi jabatan dalam senantiasa menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan dan memupuk semangat kebersamaan yang akrab dengan Pegawai Dan kakitangan di jabatan ini.
Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim