Skip to main content

Kursus Juruaudit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Kursus Juruaudit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)


5-6 April 2019 | 29-30 Rejab 1440H (Jumaat-Sabtu) - Sekretariat EKSA, Amalan Hijau dan Landskap MSNM telah menganjurkan Kursus Juruaudit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang mana ia dilaksanakan di Dewan Banquet Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kursus yang bermula pada 8.30 pagi disampaikan oleh penceramah audit EKSA dari Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka iaitu Tuan Hashim Bin Borham. Beliau juga merupakan penceramah/fasilitator yang berkelayakan dan diiktiraf oleh MAMPU. Di antara kandungan kursus yang dikongsikan adalah mengenai komponen-komponen yang terlibat semasa pengauditan EKSA dijalankan, perkara yang perlu wujud di setiap zon EKSA dan cara pemarkahan EKSA.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah salah satu kaedah mempelajari cara untuk menjadi juru audit semasa pengauditan dalaman dilaksanakan nanti. Seterusnya untuk memberi kelayakan kepada Juru audit Dalam MSNM sebagai Juru Audit sebagaimana yang menjadi syarat oleh pihak MAMPU. Di samping itu, ia adalah sebagai nilai tambah kepada juru audit meningkatkan ilmu mengaudit masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini juga memberikan gambaran kepada semua bakal juru audit untuk melaksanakan audit dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam dengan jayanya.

Pada hari kedua kursus, fasilitator serta peserta menjalankan simulasi audit ke setiap zon EKSA yang wujud di MSNM. Hasil daripada simulasi tersebut, pemarkahan awal EKSA telah dikumpulkan dan dengan wujudnya markah tersebut, peserta mendapat gambaran supaya usaha melaksanakan EKSA perlu diteruskan dengan penuh semangat. Semoga MSNM berjaya ke arah pensijilan EKSA pada tahun ini dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan yang kreatif, inovatif dan kondusif.

Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA
Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA
Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA Kursus Juruaudit Dalam EKSA

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim