Skip to main content

Kursus Audit Dalam ISO 9001:2015 dan Patuh Syariah MS 1900:2014

Kursus Audit Dalam ISO 9001:2015 dan Patuh Syariah MS 1900:2014


15-16 Mac 2019 | 8-9 Rejab 1440H (Jumaat-Sabtu) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menganjurkan Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2015 dan Patuh Syariah MS ISO 1900:2014. Kursus ini dilaksanakan pada 15 dan 16 Mac 2019 bertempat di Dewan Banquet, Aras 4, MSNM. Penceramah jemputan adalah Dr. Mohd Bakri Bin Jali. Beliau merupakan antara auditor daripada SIRIM. Peserta yang terlibat adalah seramai 24 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM. Objektif utama kursus ini untuk memantapkan pengetahuan Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014. Kursus ini turut memberikan kefahaman kepada auditee berkenaan kedua-dua standard tersebut disamping mengemaskini dokumentasi.

KursusAuditDalamSirim 1 Kursus Audit Dalam Sirim Kursus Audit Dalam Sirim
Kursus Audit Dalam Sirim Kursus Audit Dalam Sirim Kursus Audit Dalam Sirim
Kursus Audit Dalam Sirim Kursus Audit Dalam Sirim Kursus Audit Dalam Sirim

Disediakan Oleh: Siti Aishah Binti Kamarudin